Pernahkan anda mendengar perkataan cloth diapers atau pon CD? Bagi yang tidak pernah mendengarnya pasti tertanya-tanya ape itu cloth diaper atau CD. Pada zaman dulu-dulu pon cloth diapers ini digunakan secara meluas. Sebelum disposable diaper digunakan lagi. Name glamournya napkin. Dapat tak anda bayangkan napkin? Kain putih empat segi tepat dilipat-lipat untuk dijadikan napkin oleh ibu-ibu zaman dahulu? Lepas tu lapisan luar dibalut dengan plastic untuk mengelakkan urine leaking . Zaman sekarang pun sudah ada napkin ni tapi telah dimodenkan dan digelar cloth diaper. Rupanya pun lain dari napkin kerana cloth diaper ni lebih praktikal dan cute. Saya sangat suka..
Apabila napkin telah dimodenkan, kita tidak perlu lagi melipat-lipat kain empat segi dan menggunakan pin yang besar-besar serta kita tak perlu lagi memakaikan bayi kita dengan lapisan plastic diluar napkin. Cloth diaper atau CD telah diperbuat dari fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.
Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Anda juga tidak perlu risau kerana kain jenis ini jugak akan mengekalkan kelembapan semulajadi kulit bayi anda.. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya.
Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat.
Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal.
Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.
No comments:
Post a Comment