Wednesday, November 6, 2013

TOOLBOX SET FOR KID.. ( ALAT PERTUKANGAN UNTUK KANAK-KANAK )

assalamualaikum..
selamat pagi..

TOOLBOX SET FOR KID

permainan yang boleh melatih motor skill kanak-kanak..
sesuai untuk kanak-kanak berusia 2-4 tahun..

ciri-ciri tool box set.

→  portable atau  stand-up toolbox
→ 12 realistic tools ; hangging accessories
→ pelbagai skru dan nut ( assembly by adult)
→ memerlukan 2 AA bateri untuk drill (disertakan sekali)

DIMENSION : 16" x 29" x 14" 
Features:
Gergaji (panjang) : 18cm
Drill (saiz) : 16.5cm x 12.5cm x 5cm
Tukul : 18.5cm
Suitcase : 39.5cm x 36cm x 8cm

HARGA : RM60 ( bawah harga pasaran )



siapa ada anak lelaki boleh la grab.. saya yang tengok ni pon teringin sangat.. bile study tentang bende ni.. lagi la saye jatuh hati.. sayangnye anak saye perempuan.. tapi rasenye macam nak beli juga untuk anak saya tu.. harap suami dan atuk anak saye tak marah la bila saya buka satu untuk anak saya main..

white board sticker..

assalamualaikum..

white board sticker
sesuai untuk kanak-kanak yang suke menulis, melukis..
bagus juga untuk kanak-kanak yang suka membuat 'mural' di dinding..
white board sticker ni boleh di tampal di dinding dan di cabut semula..

size : 45cm x 200cm
price : RM42 (tidak termasuk pos)




Thursday, October 24, 2013

educational wooden toys..

assalamualaikum..
selamat tengah hari..

hari ini parentlite ingin mengupdate permainan kanak-kanak yang boleh menjana minda si kecil anda.. permainan yang selamat.. yang tidak mudah rosak.. selalunya kita lihat permainan 'puzzle' yang diperbuat daripada kertas.. tetapi.. permainan ini di perbuat daripada kayu.. tahan lebih lama dan selamat untuk anak anda..

ciri-ciri permainan berasakan pendidikan

material - kayu
setiap huruf, nombor, kenderaan dan hidupan laut boleh tanggal.. ( macam puzzle)
size - 29cm x 21.6cm x 0.55 cm
harga - RM 15 (tidak termasuk pos)

huruf hijaiyah.. ( alif ba ta)

nombor ( satu - dua puluh )

kenderaan

hidupan laut

kelebihan permainan yang diperbuat daripada kayu untuk kanak-kanak :

i) dapat meransang dan meningkatkan tahap pemikiran anak-anak
ii) boleh membantu anak mengenal huruf, bendtu, warna dan nombor
iii) meransang anak-anak untuk berfikir dengan lebih kreatif
iv) tidak mudah rosak dan selamat untuk anak-anak

jika berminat.. bolehlah mengisi borang yang terdapat di bawah blog atau terus whatsapp / call / mesej ke nombor 012-8207550 atau 017-589 7308 untuk mendapat respond yang segera..

Sunday, April 15, 2012

Jenis-jenis fabrik dan material cloth diaper

i) PUL (polyurethane laminate)

Diperbuat daripada campuran kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air. Cloth diaper seperti pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover. fabrik PUL adalah fabrik yang 'breathable'.

ii) Fleece/Microfleece

Material sinetik ini (100% polyster) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocker diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga diperbuat dari fleece (untuk lapisan stay dry dan untuk memudahkan mencuci najis bayi dari CD.

Fleece amat lembut untuk digunakan di atas kulit bayi, berkebolehan untuk menarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper, 'breathable' senang dicuci, cepat kering dan 'stain-resistant'.

iii) Microfiber

Material ini selalunya digunakan sebagai inserts dan ianya kombinasi polyster dan polymide(bahan sintetik). Fabrik ini sama seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala.

Microfiber agak murah, senang didapati, mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit dengan pantas berbanding material lain.

Microfiber tidak boleh digunakan terus keatas kulit bayi kerana ia boleh menyebabkan masalah kekeringan pada kulit bayi. Ia jugak tidak terbiodegradasi.

iv) Bamboo

Diperbuat dari tanaman bamboo. Digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.

Fabrik yang breathable, lembut, daya penyerapan yang tinggi berbanding microfiber, sifat anti bakteria semulajadi, mesra alam dan 'sustainable' (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang dan cepat ditanam).

Perlu prewash yang lebih kerap (6 hingga 8 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serapan yang tinggi. Semasa Prewash tidak boleh dicampur dengan fabrik yang lain serta harga yang lebih mahal.

v) Hemp

Diperbuat daripada kayu tanaman hemp. Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert

Tahan lasak, menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya penyerapan yang tinggi berbanding microfiber, bahan yang semulajadi, sifat anti bakteria semulajadi dan sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk atau panas.

Perlu prewash yang lebih kerap untuk membuang 'natural oil' yang ada di dalamnya, agak lambat untuk dikeringkan, lebih sukar didapati di Malaysia dan harga jauh lebih mahal.

vi) Wool

Material semulajadi daripada kulit biri ini amat sesuai sebagai bahan diaper covers atau soakers. bahan ini selalu digunakan untuk membuat baju sejuk.

Fabrinya amat 'breathable' boleh digunakan berulang kali tanpa basuh, lanolin dalam wool mempunyai 'repelling properties' (boleh dimansuhkan air dari kulit bayi dengan cekap).

Memerlukan penjagaan yang khusus, perlu di-lanolize untuk mengembalikan daya serap dan 'repelling propeties', agak sukar didapati di Malaysia dan harga yang mahal.

sumber google dan diolah oleh parentlite

Kelebihan dan kekurangan Cloth Diapers vs Kelebihan dan kekurangan Disposable Diapers

Kebaikan Cloth Diaper

Kebaikan Disposable Diaper

Lebih sihat untuk bayi. Dapat mengelakkan diaper rash.

Praktikal untuk ibu bapa kerana lebih mudah diuruskan.

Lebih murah untuk jangka masa panjang. Beli sekali boleh pakai 3tahun malah untuk anak seterusnya jika dijaga dengan elok.

Senang didapati dimana-mana kedai even di kedai-kedai kecil seperti kedai runcit.

Boleh dibasuh berkali-kali menggunakan mesin basuh serta boleh dikeringkan menggunakan dryer. Cara paling bagus untuk mengeringkan CD adalah dengan menjemurnya dibawah sinaran matahari.

Harga yang berganda-ganda murah di pasaran.

Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuaiuntuk bayi seberat 3kg-16kg.

Penggunaan CD adalah sama praktikal dengan DD. Terutamanya jenis all in one.

Boleh digunakan berkali-kali. Malah boleh digunakan untuk anak seterusnya.

‘Toilet training’ untuk si kecil akan berlaku lebih awal

Mesra alam (biodegradable)

Rekaan yang menarik dan praktikal. Sangat comel.

Boleh dijual semula jika taknak guna.


nota kaki--> kelebihan CD lagi banyak dari DD.

Keburukan Cloth Diaper

Keburukan Disposable Diaper

Perlu rajin untuk membasuh, mengeringkan dan melipatnya.

Mudah terkena diaper rash bagi bayi yang berkulit sensitive.

‘Investment’ yang agak tinggi diawal penggunaannya.

Pencemaran alam sekitar yang melampau. DD akan terhapus dalam mase 500tahun.

Tidak sepraktikal DD kecuali CD jenis ALL IN ONE (AIO).

Kos yang tinggi untuk membeli DD untuk jangka masa yang panjang.

Boleh rosak dan bernau jika dicuci dengan bleach, serbuk sabun basuh. Memerlukan sabun khas untuk mencuci CD. Contohnya pureen H-A-D.

Size yang tidak boleh diubahsuai seperti CD ONE SIZE (3kg-18kg).

Sukar didapati di mana-mana pasaraya kerana pasaran belum meluas.

Tidak boleh dijual semula kerana DD adalah lampin pakai dan BUANG.

APA ITU CLOTH DIAPERS aka CD


Pernahkan anda mendengar perkataan cloth diapers atau pon CD? Bagi yang tidak pernah mendengarnya pasti tertanya-tanya ape itu cloth diaper atau CD. Pada zaman dulu-dulu pon cloth diapers ini digunakan secara meluas. Sebelum disposable diaper digunakan lagi. Name glamournya napkin. Dapat tak anda bayangkan napkin? Kain putih empat segi tepat dilipat-lipat untuk dijadikan napkin oleh ibu-ibu zaman dahulu? Lepas tu lapisan luar dibalut dengan plastic untuk mengelakkan urine leaking . Zaman sekarang pun sudah ada napkin ni tapi telah dimodenkan dan digelar cloth diaper. Rupanya pun lain dari napkin kerana cloth diaper ni lebih praktikal dan cute. Saya sangat suka..

Apabila napkin telah dimodenkan, kita tidak perlu lagi melipat-lipat kain empat segi dan menggunakan pin yang besar-besar serta kita tak perlu lagi memakaikan bayi kita dengan lapisan plastic diluar napkin. Cloth diaper atau CD telah diperbuat dari fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Anda juga tidak perlu risau kerana kain jenis ini jugak akan mengekalkan kelembapan semulajadi kulit bayi anda.. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya.

Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat.

Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal.

Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.

Saturday, April 14, 2012

Opening soon..

Assalamualaikum..

Blogshop kami masih dalam proses pembuatan.. InshaAllah akan beroperasi tidak lama lagi.. Nantikan update dari kami

BORANG PESANAN

Nama:
Alamat:
Poskod:
Negeri:
No. Telefon:
Email Address:
Nyatakan maklumat item yang ingin dibeli:
'I understand and agree with ParentLite terms and conditions.'

This contact form was created by Freedback.